BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 26 March 2011

Bunga-Bunga dan Si Kumbang


            Pada suatu hari, Bunga A sedang makan di sebuah cafe bersama Bunga B... Bunga A ternampak Kumbang memasuki cafe yang sama... Pada mulanya, Bunga A sangat teruja melihat Kumbang berada di situ... Tiba-tiba Bunga A jadi sedih kerana Bunga A ternampak Kumbang bersama dengan Bunga C... Tetapi apakan daya, Kumbang bukan miliknya...Siapalah Bunga A untuk memarahi Kumbang...  Bunga A setanding dengan Bunga C... Bunga A tidak menarik seperti Bunga C... Kumbang dan Bunga C kelihatan sangat mesra... Barangkali Kumbang dan Bunga C berpacaran... Pedih hati Bunga A hanya Tuhan sahaja yang tahu... Bunga A menghabiskan makanannya dengan segera... Malangnya, Bunga A tergigit bibirnya sendiri ketika sedang mengunyah makanannya...
Bunga A : U. I tergigit bibir lagi. Sakit. Hmmm.
Bunga B : Tu la U. Makan gelojoh sangat. Ke hati U tengah tak tenang skang ni? Hahaha
Bunga A : Mane ade la. Ala, kumbang bukan sekor. Banyak lagi kumbang lain dalam dunia ni.
Bunga B : Tapi masalahnya, kumbang tu je yang U suke. Hahaha

0 comments: